Template by:
Free Blog Templates

Monday, July 19, 2010

Bengkel Pantun



Pada 12/07/2010, satu Bengkel Pantun telah dijalankan di Makmal Komputer Sekolah. Bengkel ini bermula pada pukul 2.30p.m hingga 5.00p.m. Ia dikendalikan oleh 5 orang pelajar iaitu Pemantun Sekolah yang telah berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Pantun Sekolah daerah-daerah Jasin baru-baru ini. Bengkel ini disertai oleh pelajar yang dihantar oleh rumah sukan masing-masing. Setiap rumah sukan dikehendaki menghantar 2 kumpulan. Sepanjang bengkel ini berjalan, pelbagai tips yang berguna telah diberikan termasuklah intonasi, suara, gaya bahasa (chemistry) dan lain-lain.Objektif bengkel ini adalah mencari pelapis Pemantun SBPIS.

0 comments:

Post a Comment